Friday, July 6, 2012

What Have I Done Today

hari ini ada sikit hal kt KL but I very the malas nak drive dan cari parking.. tumpang hb pergi kerja kan lagi senang. so 6:30am keluar rumah, even appointment 12pm. so apalagi lepak kat KLCC lah. but where to sit? mula2 pergi food court but apa boleh buat kat situ.. mcm org bengong jer duduk termenung memandang kolam KLCC. nak wifi pun tarak...


kat sini lagi elok dengan segelas minuman. we can get free wifi, free charging hp and laptop. I lepak dari pagi sampai kul 11am. tak yah lah cerita appointment apa kul 12. after settle everthing at 2:30 perut pun lah lapar.. mana tak nya pagi mimum green tea red bean saja. apakata layan nasi tetengah hari kan best.


singgah nasi padang kg baru, dulu mkn dgn kawan-kawan,  skg walau mkn sendiri, selera tetap mantop. my favourite daging dendeng and sambal terung. ambil daging yg kecil-kecil supaya senang kunyah but miss sambal hijau, sbb lambat so kureng nyentap.


perut kenyang hati senang. sementara tunggu hb, jalan tar memanggil-manggil...  ingat nak pusing-pusing saja, arghhh.. terpandang pulak kain rentang SALE kat sini, nyingahlah juga. last-last ni saja satu kedai yang I pergi. ranap RM200+.  okaylah tu untuk ganti tudung-tudung buruk I yang dah menyenget awning nya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dalam kereta teringat-ingat tart shell yang belum berisi. punyalah rajin sampai rumah terus try another resepi untuk buat cream cheese filling. tengoklah hasilnya.


nampaknya resepi ini lagi menawan hati. deboom gitu.  bunga tu hasil kerja tangan my little girl. cantik kan


ini emak dia punya ukiran, simple and nice... hihihi.. sapa lagi nak puji. open for order. kalau nak try jangan malu jangan segan boleh datang rumah, sementara stok masih ada. ingat esok kalau ada mood nak cuba fruit custard then kalau okay nak buat egg tart pulak. naik syok pulak buat kueh ni..

Akhir kalam.........................
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah bicara hari ini,
Di lain entry bersua lagi.













No comments:

Post a Comment