Friday, September 14, 2012

HCM Day 2

Assalmmualaikum w.w to all readers.

Hari ini my little girl dah habis UPSR. Teacher bawa student class 6A pergi ke Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringakat Daerah Hulu Langat. I hanya dapat mendoakan yang terbaik for her. Everyday kaki tangan my little girl sejuk. I just cold down her and asked her not to worry so much. Dalam pada itu I pulak I tak lena tidur malam, asyik terjaga.  Hanya doa yang mampu kuiringkan. she has done her best for the exam.  Moga my little girl and rakan-rakannya memperolehi keputusan UPSR yang cemerlang.

Untuk hari ke dua di HCM, we took one day tour with the price RM100 per person. Kira okaylah kan with kereta Innova and personal tour guide Ali @ Motthen, HP (+84)01264393001. Boleh cakap Melayu and Omputih.

Our first destination was Cu Chi Tunnel.



Berpeluh-peluh masuk didalam terowong yang sempit ni, walau hanya lalu sejauh 800m, perjalanan rasa begitu lama. Tunnels ni digunakan oleh Viet Cong guerrillas sebagai tempat persembunyian semasa perang, kat dalam tunnel ni juga terdapat hospital, tempat makan, buat senjata dan tempat tinggal. 



Ada banyak perkara juga yang boleh kita tinjau di sini. Diakhir pusingan kita dihidangkan degan ubi rebus dan air teh. Sedap juga ubi cicah kacang dan gula. Dah puas berjalan dalam hutan ni Pak Ali bawa pergi sungai Mekong dari perjalanan agak jauh lebih kurang 2 jam.



Di sungai Mekong naik boat pergi ke pulau kecil.. tak ingatlah namanya. Siap dihidang dengan buah-buahan tempatan, kalau nak makan durian kena charge VND100K. Sambil makan kita dihiburkan dengan live-band. Macam biasa lepas nyanyi ada mangkuk kosong bagi lah sumbangan sikit ikut ikhlas.



Pandai nyanyi lagu Indon lagi. 


kalau nak beli cenderehati elok kat pulau sbb harga yang diletak memang dah murah, jadi tak payah pening2 kepala untuk tawar menawar. kalau kat pasar macam nak bergaduh bila menawar, diaorang letak harga gila babas punya.


habis pusing pulau dengan berjalan kaki.. ala tak besar mana pun we all dibawa mengayuh perahu ni. our tour guide kata "jalang-jalang mekong river". pengalaman yang memang menyeronokan bagi yang suka sungai. tapi ada gak yang kata bau busuk lah. untuk I anak nelayan ni no problem.

Penat mengayuh, singgah di Masjid Jami'Ulmuslimin untuk solat then makan. Menurut kata Ali ini saja masjid yang ada di mekong ni. Masjid ini diasaskan oleh pendatang dari India, tapi sekarang dijaga oleh satu keluarga Melayu Champ  Untuk hidangan yang sebegini cuma RM50, boleh makan 4/5 orang. memang murah dan yakin Halal.



Habis jalang-jalang Mekong River, we all dibawa oleh Ali ke Kampung Cham untuk beli telekong dan baju kurung, tapi banyak kedai yang tutup. Lebih kurang setengahjam kat sini beli telekong sepasang je pun, hb dah lenguh menunggu. Dari sini terus ke Taka Plaza, hb nak beli tali leher... Plaza ni dekat saja dengan our hotel jalan kaki dalam 10min.  

Okay lah nak gi jalan jap.. nanti I sambung lagi cerita Day 3. Bye, have a nice day.


3 comments:

  1. RM50 untuk lauk sebanyak itu, memang murah dah tu. haruslah ai tak sabar nak pegi ni ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah kan. tapi kalau kat HCM city mahal ler.

      Delete
  2. I pun tak sabar nak pergi lagi... jom buat rombongan cik kiah

    ReplyDelete