Friday, December 18, 2015

Netherlands (2a) Amsterdam The Netherlands to Europe's Largest Port Rotterdam

Rasa bersemangat nak terus menulis tentang Netherlands, bila ada a few FB friend kata nak ikut. Hati berbunga tulip youuu.

Pukul 6pm 17hbOct15 aku check in the Holiday Inn Express Rotterdam. Hotel ini masih baru, terletak di Rotterdam City Center, bersebelahan central station Rotterdam.

Tips: Ejaan dan nama-nama di Netherlands ini agak asing dari kita. Tapi rupanya mudah saja nak baca kerana sebutannya mengikut ejaan Melayu.






Holiday Inn Express Central Station
Weena 121, 3013 CK Rotterdam, Netherlands

Punggah luggage hantar ke bilik then keluar semula untuk cari dinner of the day. Mana nak makan pun tak tahu, nasib baik ada our friend yang sudah 40years jadi Hollander. :-) Sebelum pergi makan aku singgah sebentar di Masshaven, Rotterdam rumah our friend. Tidak jauh dari Holiday Inn, dalam 10min berkereta, kawasan yang agak tenang berhadapan dengan canal. 
















Jalan-jalan cari makan, disini lah akhirnya kami dinner. 
SUMO SUSHI BAR
West-Kruiskade, Rotterdam

Ikutkan aku bukan suka sangat makan sushi, tapi no choice for tonight. Mengantuk sungguh aku masa makan ni, mata nak pejam dah. Aku pekena green tea bagi detox. Buffet style rasanya EUR19 per person, walau pun buffet tapi kena order apa yang kita nak makan baru dia buat.


Mengordernya beriya-iya, waiter sampai tanya betul ke. Sekali sampai ambik kau, akhirnya cancel menu yang dah last last. Caranya tak sama dengan di Malaysia. Learn from mistake.

Selesai makan terus balik hotel dan rehat, tak larat dah seharian berjalan. Esok ada agenda lain pulak. Bye for today kita jalan hari ke 3 nanti ya.

bersambung. 














No comments:

Post a Comment