Wednesday, December 2, 2015

TURKEY DAY 5 and 6 : Cappadocia to Bolu

Assalamualaikum, bertemu lagi kita, kekangan masa membuatkan blog ini menjadi beku buat sementara. I sambung cerita dibumi Turkey untuk hari ke 5 (3/6/15) tak terlewat rasanya untuk diblogkan :-).

Awal pagi jam 4, separuh dari ahli rombongan naik hot ballon. Harga untuk naik hot ballon USD200 all in, transport pergi balik dari hotel, tiket , sijil dan breakfast.  I tak pergi atas beberapa sebab lah kan... Walau tak pergi, I tetap bangun awal, siap-siapkan diri dan ronda-ronda disekitar hotel sementara menunggu mereka sampai.


Hot ballon boleh dilihat dari hotel, nampak macam best sajakan. Sebenarnya rasa menyesal sangat tak naik. Semua yang naik kata cantik sangat melihat sunrise dan pemandangan dari atas huhuhuhu....InsyaAllah ada rezeki pergi ke Cappadocia I akan naik. 

First visit hari ke 5 ini, kami dibawa ke KAYMAKALI UNDERGROUND CITY  . Kehebatan yang tidak dapat dipertikaikan. Bukan setingkat, katanya ada 8 tingkat kebawah bumi. Perkampungan yang sangat unik. Details boleh baca dekat link.




Terbongkok-bongkok berjalan dalam ni. Bagi yang sakit pinggang, dinasihatkan jangan masuk kedalam, merbahayakan kesihatan anda.  Dari undeground city, kita pergi pula ke Pigeon Valley, nearby saja.


Pigeon Valley adalah salah satu landskap yang paling indah di Turki. Kalau haiking lagi bagus boleh tengok dengan lebih dekat lagi . Ini lembah gunung berapi lembut, terbentuk daripada angin dan hakisan air diatas batu gunung. Kalau tengok dari atas hot ballon lagi la cantik kan.

Uchisar Castle

Queen of Uchisar Castle

Kerja yang paling seronok bila bercuti,  menikmati keindahan dan merakam keindahan. 




Lepas puas menikmati alam yang indah ini, we have our lunch dekat sini, tapi cari-cari gambar kt restauran tak jumpa pulak. Makanan ok, sedap dan paling best boleh menikmati pemandangan sambil makan.


Lepas tu pergi shopping karpet katanya, so masing-masing pasang niat nak beli lah barang sehelai dua. Tebar punya tebar, bila tahu harga semua niat hancur lebur. Nan hadoo yang murah,. Apapun dapat juga melihat cara membuat benang sutra dan cara karpet ditenun. Satu karpet makan masa berbulan untuk siap, itu yang mahalnya.

Lepas tu dibawanya pulak gi shopping jewellery, kat sini ramai hati wanita yang cair menyebabkan poket para suami kempis. Nasib baik I bukan kaki jewelley.

Hari dah senja, balik hotel Yiltok semula. Ingatkan jauh perjalanan rupanya kedai jewellery sebelah hotel saja. Aktiviti hari ke 5 ini agak santai sahaja.  Sampai hotel terus dinner dan rehat, esok akan ke Ankara.

DAY 6 : Lepas breakfast, tepat jam 8 pagi, Bismillah perjalanan dimulakan menuju ke Ankara, malam ini akan stay di Bolu yang membuatkan ramai yang rasa berbulu sebab semua excited nak terus ke Istanbul. Dalam perjalanan singgah di R&R untuk ke WC, yang tak ada rasa nak ke wc pun masuk juga sebab cantik dan bersih giler, dah macam di hotel. Cleaner punya lah cantik dan senyum sepajang masa,  Berbaloi bayar TRY1.



Naik bas semua cerita pasal WC. Lama juga berhenti disini ada kedai boleh beli manisan Turkey, harganya agak murah. Tapi seperti biasa tour guide kata better beli dikedai yang dibawa, lebih original dan sedap. Tapi kalau dikedai yang dia bawa, ramai yang hanya mampu pandang dan rasa saja.

 
Next destination ke Salt Lake. 
Tuz Golu bermaksud Salt Lake adalah tasik kedua terbesar di Turki dengan 1665 km2 dan merupakan salah satu tasik hypersaline terbesar di dunia. Semasa musim panas bulan Ogos tasik ini kering sehingga 30 cm lapisan garam. Mekanisme ini digunakan sebagai asas untuk proses lombong garam dalam tasik. Menghasilkan 63% daripada garam yang digunakan di Turki. 


View sememangnya cantik. Kalau kaki bengkak elok rendam disini, insyaAllah boleh surut. Nak rendam dirumah pun boleh tapi beli lah garamnya. Belakang tu MIL , tengah merendam kakinya yang bengkak sejak sampai.. Alhamdulillah, sampai hotel kecut kakinya yang bengkak dan semakin lajulah berjalan.


Di atas bukit ini lah terletaknya kubur Kamal Atartuk. Lawatan ke sini adalah acara wajib bagi setiap pelancung. Oleh kerana majority dari ahli rombongan dan pak ustaz kami pun tak mahu pergi, jadi our tour guide tak boleh nak kata apa. Ini ambil gambar dari dalam bas sahaja.

Dah tengahari jadinya teruslah menjamu selera.








Menu wajib ada, nasi ala-ala nasi dagang, Suka tak suka, ini saja nasi yang dihidangkan. Bersyukur masih ada makanan untuk dimakan. Nasib baik roti ini dihidangan masa panas-panas. I suka makan kosong saja.  Lauk ayam atau daging normally  dipanggang saja, No kuah ya, tapi ada serve dengan sup.



Lepas makan lawatan diteruskan ke ANATOLIAN CIVILAZATION MUSEUM yanng terletak di Ankara. Asalnya bangunan ini adalah old Otthman Mahmut Pasa bazaar. Barangan dari zaman batu dipamerkan disini. Suka pulak kita tengok cara kehidupan orang purba.




















Seronok berjalan dibumi Turki ni, tapi yang tak seronok sebab tour guide straight forward, tak boleh ubah apa-apa. Semua on time semua on schedule. Letih makkkk....

After this terus balik hotel and everyday our breakfast dan dinner semua di hotel ya. Malam ni stay di BOLU, Hotel Koru. Tak tahulah kenapa kena tidur sini satu malam kalau terus ke Istanbul kan syok.


Di Bolu ini cuacanya lebih sejuk dari tempat-tempat lain. Selalunya travel group dari Cappadocia akan singgah di Bolu satu malam sebelum ke Istanbul.  Sampai hotel agak awal, katanya ada banyak aktiviti yang boleh dibuat dihotel ini. Ada tasik dan jogging track disini.  The best thing is makanannya ala-ala Malaysia ada ikan goreng. Berselera makan hari ini.



Interior dalam hotel dan luar boleh consider cantik. Oleh kerana tak tahu nak buat apa, all the ladies berkumpul di lobby and have a chat. Seronok sangat dapat share-share cerita dan pengalaman. Miss dengan Kak Ann, Kak Jan, Mas and others. 

To be cont. DAY 7 and 8. BYE

No comments:

Post a Comment